Thursday, March 24, 2016

Pilihan

Hidup ni berlandaskan pilihan dan keputusan... March , selalu menjadi bulan yang paling aku suka dan paling aku nantikan kehadirannya.. Alhamdulillah.. Rezeki pada bulan kegemaran ini bertambah baik.. Rezeki Tuhan itu selalu indah dan tepatpada waktunya.. 3 tawaran kerja sekaligus telah aku terima .. Bingung aku untuk membuat keputusan kerana ketiga-tiganya adalah rezeki besar.. Panggilan pertama minggu lalu dari Universiti teknologi Petronas langsung tidak pernah aku jangka.. Ya..bekerja bersama syarikat gergasi itu adalah impian aku dari dulu.. Position sebagai Chemical Lab Executive yang ditawarkan adalah satu rezeki Allah yang tidak pernah aku mimpi untuk dapat.. Cita-cita dan keinginan aku disitu.. Namun aku masih buntu memikirkan keputusan yang harus aku buat.. Bukan aku takut menempuh hidup baru di tempat yang serba baru kerana sudah menjadi kebiasaan untuk aku berulang alik dan keluar masuk ketempat baru dan berjumpa orang2 baru dalam hidup ini cuma aku masih mempertimbangkan tawaran yang lain.. Kedua adalah tawaran di legal firm sebagai PA kepada lawyer disitu.. Lawyer itu sahabat aku.. Berat untuk aku tolak kerana pertama kali menjejakkan kaki di firma nya aku telah jatuh hati pada tempat itu.. Tempatnya tenang.. Lawyer disitu semua ramah.. Seakan lari jauh dari landasan .. Dari medical student yang cintakan hospital dan segala yang sewaktu dengannya kepada bahagian pengurusan di firma guaman.. Ah pedulilah.. Hidup ini kan pilihan.. Tak salah menimba ilmu.. Dan yang terakhir , antara paling sukar aku buat keputusan.. Mr Lee terlalu baik dan terlalu berharap aku untuk bekerja di company nya.. Lelaki cina itu terlalu baik dan bersungguh menawarkan aku kerja dan jugak gaji yang lumayan.. Huhhh ! Aku kembali pusing memikirkan keputusan yang harus aku putuskan.. Cuma satu harapan ku , agar Tuhan mwmbuka jalan di depan mata aku untuk membuat pilihan yang betul.. 

# kepada sahabat baru Intan Diyana , maafkan aku kawan kerana tak mampu stay lama disini menemankan kau saban hari..Terima kasih kerana sudi menjadi kawan buat aku yang tak baik ni.. 

# pilihan itu berat

No comments:

Post a Comment