Sunday, February 22, 2015

Jawapan

akhir-akhir ini terlalu banyak hal yang mengganggu.. sungguh , aku tidak pernah berniat menyakiti.. tapi aku tidak mampu menipu diri sendiri.. ya ! aku kejam.. aku kejam kerana aku mengikut kehendak hati demi kebahagiaan sendiri.. adakah itu salah ?

kehadiran dia sungguh tanpa aku sedari.. entah kan bila rasa itu ada.. entah bila dia mula mengambil tempat teristimewa.. kehadiran dia membawa kebahagiaan.. membawa seribu erti sebuah keikhlasan.. masih mampukah aku menipu diri sendiri ? jujur aku katakan , aku cuma seorang perempuan yang tidak mudah menerima kehadiran insan lain.. tetapi saat aku menerima , beerti rasa untuk kau betul2 mati..

maafkan aku.. aku tidak bermaksud memandang enteng niat baik kau serta keluarga.. aku tidak pernah berniat mempermainkan.. aku butuh waktu untuk mencari jawapan demi kebahagiaan aku sendiri.. aku tidak mahu kerana terpaksa, aku menerima kau..

# Tuhan , cuma satu harapanku , berikan aku masa secukupnya , berikan aku fikiran yang waras dan hati yang tenang untuk membuat keputusan terbaik
# mak , sungguh aku perlukan pengertian mu.. kerana kau lebih tahu akan rasa itu
# cinta hati , maafkan aku kerana berdiam diri.. tapi aku menghargai kerana kau mengerti
# insan yang pernah aku sayang , satu pintaku , jangan terlalu memaksa.. kerana aku bukan orang yang suka dipaksa.. lepaskan aku.. biarkan aku mencari jawapan demi kebahagiaan sendiri

Wednesday, February 11, 2015

tidur panjang

baru bangun dari tidur kerana rasa kurang sihat akhir-akhir ini.. (mungkin nak kurus balik).. tersedar dan Rayyan masih dalam pelukan.. Indah.. cuma itu rasa yang hadir saat tidur bersama si kecil yang tulus menyayangi aku apa adanya.. seorang yang lucu dan sering membuat aku tertawa dengan keletah  manjanya.. anak itu anugerah buat aku.. terima kasih sayang.. keletah manjamu sentiasa membuatkan aku tersenyum bahagia..

akhir-akhir ini,
terasa tenang tapi sebenarnya sunyi
indah dalam gundah
lega dalam gelisah
aman dalam kecelaruan halakah fikrah yang sesak dan menyesakkan
cuma satu ,
kebahagiaan itu akan tiba

# masih aku ingin berterima kasih buat dia yang sentiasa ada walaupun dia bukan milik ku
# mak , aku cuma ingin lihat kau tersenyum
# abah , apa pun kata mereka , kau masih menjadi lelaki terbaik seumur hidupku
# sahabat , maafkan aku kerana makin menjauh
# buat kau , aku cuma berhenti berharap dan aku hanya mahu serahkan semuanya pada takdir
# dan aku mahu tidur lagi

Sunday, February 1, 2015

Rasa itu Membunuh

Diluar hujan.. petir saling bertingkah.. angin begitu kuat.. namun entah kenapa rasa ini tidak pernah membunuhku.. sebaliknya aku senang menikmati rasa ini.. rasa angin hujan yang seakan membawa pergi segala resah yang datang menghenyak minda..

A , kau datang disaat tepat.. disaat aku perlukan teman untuk meluah rasa.. disaat aku perlu seorang pendengar setia dan juga penasihat yang mampu memberi seribu kekuatan.. cuma satu yang mampu aku ucapkan , terima kasih sahabat.. semoga kau juga bahagia sepertimana kau membahagiakan aku..

buat dia , aku pergi.. buat sementara ini kau fikirkan lah yang terbaik.. antara pilihan keluarga dan kehendak hati , aku tidak mahu memaksa.. bukan kerana aku membenci tapi aku juga tahu apa ertinya terluka.. kau sepatutnya lebih tahu akan rasa itu.. Berdoalah semoga semuanya baik2 sahaja..