Thursday, March 31, 2016

When the time comes your MP3 play your favret song

"Hurt"

Seems like it was yesterday when I saw your face
You told me how proud you were but I walked away
If only I knew what I know today
Ooh ooh

I would hold you in my arms
I would take the pain away
Thank you for all you've done
Forgive all your mistakes.

There's nothing I wouldn't do
To hear your voice again.
Sometimes I wanna call you but I know you won't be there

Oh, I'm sorry for blaming you for everything I just couldn't do
And I've hurt myself by hurting you

Some days I feel broke inside but I won't admit
Sometimes I just wanna hide 'cause it's you I miss
And it's so hard to say goodbye when it comes to this, ooh, whoa

Would you tell me I was wrong?
Would you help me understand?
Are you looking down upon me?
Are you proud of who I am?

There's nothing I wouldn't do
To have just one more chance
To look into your eyes and see you looking back

Oh, I'm sorry for blaming you for everything I just couldn't do
And I've hurt myself, oh, oh, oh.

If I had just one more day
I would tell you how much that I've missed you since you've been away

Oh, it's dangerous
It's so out of line
To try and turn back time

I'm sorry for blaming you for everything I just couldn't do
And I've hurt myself by hurting you

Wednesday, March 30, 2016

Penghujung March

March telah pun hampir tiba ke penghujungnya.. Penghujung yang aku tunggu saban tahun.. Penghujung yang aku kagumi dan penghujung yang selalu memberi sinar baru.. Dan penghujung March itu telah pun menampakkan sinarnya..
Hari terakhir disini.. Maafkan aku kawan kerana tidak bisa lama disini.. Kau akan jumpa housemate , roomate ,  dan kawan yang jauh lebih baik dari aku.. Semoga Allah menemukan kalian dengan orang yang baik-baik.. Rindu dan itu sudah pasti..
Permulaan April kali ini pastinya menjadi hari yang paling sibuk.. Rencananya aku mahu ke Bukit Jelutong bertemu kak Aida sebelum aku berangkat pergi.. Dan semestinya aku ingin memeluk erat si kesayangan Adi Zafran Shah.. Terlalu rindu buat anak itu.. Persoalannya cuma satu , masihkah dia ingat akan aku ? Hidup ini terlalu banyak yang datang dan pergi..
Datang yang tidak pernah dapat kita duga dan Pergi yang entah kan bila akan kembali lagi atau mungkin tidak pernah kembali.. Semua itu cuma membuahkan satu rasa takut..
Lucu.. Dalam masa setahun.. Semuanya berubah.. Sekelip mata.. Hebat perancangan Tuhan.. Cuma aku yang terlalu jahil untuk menyedari semuanya.. Malu akan diri sendiri..

# March berakhir... Dan aku berubah lagi
# Pengakhiran sebuah chapter buat kisah kali ini
# Permulaan chapter baru yang bakal ku serah semuanya kepada Allah yang Esa
# Maafkan aku kawan kerana pergi
# Semoga hidup baru ini lebih bermakna disamping cita-cita

Sunday, March 27, 2016

Keputusan

Keputusan telah dibuat.. Atas persetujuan keluarga , aku memilih untuk mendengar nasihat dan pandangan mereka.. Memilih yang terbaik antara yang terbaik.. Berharap Allah memberi jalan kemudahan diatas setiao hari yang bakal dilalui selepas ini.. Hidup disana pastinya tidak mudah.. Bukan niat aku melarikan diri tapi cuma untuk membina dan mencari kembali sisa hidup yang telah aku persiakan selama ini..
April ini bakal memulakan kehidupan di tempat baru bersama rakan baru , persekitaran kerja yang baru serta semuanya baru.. Aku cuma lebih yakin bahawa aku mampu ..

# selamat tinggal kak sha n yana.. jaga diri baik-baik.. semoga sentiasa ketawa seperti selalu walaupon tanpa aku.. aku pasti rindu dengan semuanya.. rindu ingin memnjat pokok pelam di sebelah rumah cuma untuk membuat jeruk , rindu ingin berjalan kaki ke uptown , rindu ingin joging setiap pagi sesudah subuh dan segalanya.. Semua itu semalam yang bakal aku simpan rapi di dalam kamus hidup..
# the next chapter of life just begin dear self
# its end of march
# may Allah bless

Thursday, March 24, 2016

Pilihan

Hidup ni berlandaskan pilihan dan keputusan... March , selalu menjadi bulan yang paling aku suka dan paling aku nantikan kehadirannya.. Alhamdulillah.. Rezeki pada bulan kegemaran ini bertambah baik.. Rezeki Tuhan itu selalu indah dan tepatpada waktunya.. 3 tawaran kerja sekaligus telah aku terima .. Bingung aku untuk membuat keputusan kerana ketiga-tiganya adalah rezeki besar.. Panggilan pertama minggu lalu dari Universiti teknologi Petronas langsung tidak pernah aku jangka.. Ya..bekerja bersama syarikat gergasi itu adalah impian aku dari dulu.. Position sebagai Chemical Lab Executive yang ditawarkan adalah satu rezeki Allah yang tidak pernah aku mimpi untuk dapat.. Cita-cita dan keinginan aku disitu.. Namun aku masih buntu memikirkan keputusan yang harus aku buat.. Bukan aku takut menempuh hidup baru di tempat yang serba baru kerana sudah menjadi kebiasaan untuk aku berulang alik dan keluar masuk ketempat baru dan berjumpa orang2 baru dalam hidup ini cuma aku masih mempertimbangkan tawaran yang lain.. Kedua adalah tawaran di legal firm sebagai PA kepada lawyer disitu.. Lawyer itu sahabat aku.. Berat untuk aku tolak kerana pertama kali menjejakkan kaki di firma nya aku telah jatuh hati pada tempat itu.. Tempatnya tenang.. Lawyer disitu semua ramah.. Seakan lari jauh dari landasan .. Dari medical student yang cintakan hospital dan segala yang sewaktu dengannya kepada bahagian pengurusan di firma guaman.. Ah pedulilah.. Hidup ini kan pilihan.. Tak salah menimba ilmu.. Dan yang terakhir , antara paling sukar aku buat keputusan.. Mr Lee terlalu baik dan terlalu berharap aku untuk bekerja di company nya.. Lelaki cina itu terlalu baik dan bersungguh menawarkan aku kerja dan jugak gaji yang lumayan.. Huhhh ! Aku kembali pusing memikirkan keputusan yang harus aku putuskan.. Cuma satu harapan ku , agar Tuhan mwmbuka jalan di depan mata aku untuk membuat pilihan yang betul.. 

# kepada sahabat baru Intan Diyana , maafkan aku kawan kerana tak mampu stay lama disini menemankan kau saban hari..Terima kasih kerana sudi menjadi kawan buat aku yang tak baik ni.. 

# pilihan itu berat

Wednesday, March 23, 2016

Kita

Joging.. Setelah entah berapa lama aku tinggalkan segala aktiviti , hari ini semangat itu datang lagi atau mungkin lebih tepat aku cuma ingin mengisi masa terluang dan menghirup angin subuh seawal 6 pagi itu dan merasa titis dingin embun di setiap roma yang terbuka... Sejuk , hitam pekat , cukup untuk mengubat rindu yang hadir.. Rasa hari ini ingin aku meluah sedikit rasa dan cerita yang tersimpan antara kita... Masih lagi segar segala ingatan dan memori itu bila aku menyatakan ingin melihat matahari terbit pagi itu.. Seawal 5 pagi dia datang menjemput dan terus memandu ke pantai.. Sedikit tergamam dan keliru.. dalam hati aku cuma berkira-kira aku cuma bercanda.. Aku menghirup udara seawal 6 pagi itu bersama angin laut yang membawa seribu ketenangan.. Terima kasih sayang..
Aku berjalan tanpa menoleh kerana aku cuma ingin merasa sejuknya angin pagi itu.. Jadinya kasut aku habis basah tanpa aku sedari.. Ah aku selalu begini.. Setelah terjadi baru aku tersedar.. " i will continue walking without my shoes dear.. its all wet already... remind me to buy new shoes later okay? " sambil aku melemparkan senyuman seperti selalu.. Dia cuma membalas senyum dan kembali berjalan.. Sampai sahaja di penghujung , dia membuka selipar nya dan menunduk lalu menyarungkan ke kaki aku.. " what u doing dear.. i still can walk like this..never mind.. " 
tapi dia lebih  cepat membalas tanpa aku sempat menghabiskan kata-kata " its okay princess.. i will hold ur shoes and continue walk without slipper.. its u are more important for me to be protected .. i wont let anything hurt u..i rather hurt myself " dan dia memimpin erat tangan ini dan terus berjalan ke kereta.. 

#memories #willremainforever #noonecaneverreplaceyou 
# terima kasih untuk semuanya

Tuesday, March 22, 2016

Hati

Hujan lagi.. Saat sendiri bingung memikirkan mengapa hujan itu terlalu aku kagumi lalu aku tersedar akan sejuknya angin yang setia bersama hujan itu yang menerangkan segala erti dan persoalan yang bermain di halakah fikrah yang sarat ini.. Secawan Latte baru sahaja aku pesan.. Sejuk ini membunuh namun panas Latte itu masih bisa menghidupkan rasa yang mati itu..
Alhamdulillah hidup kembali teratur.. Walau banyak perubahan namun aturan Tuhan lagi maha hebat.. 22 tahun 11 bulan 22 hari hidup di bumi Mu Tuhan , jatuh bangun , gelak tawa , suka duka , tangis sendu , dan semuanya sudah aku jalani but yet i realize my journey is just began..
Buat sahabat yg sentiasa ada , Wan , terima kasih kerana menjadi sahabat terbaik.. Ress , terima kasih sebab selalu ada menjadi penasihat dan penguat semangat yang tak pernah putus mengingatkan aku akan hebatnya kuasa Allah dan kita hanya perlu percaya.. Syida dan Mulya yg selalu ada saat susah senang akak , yg selalu tanya akak ok ke , yg jugak rider time malam2 time akak lapa (okayy that was the best part bcos u two just being my best stomach filler)... Ari , aku masih ternanti kata2 semangat dari mu setiap pagi.. Terima kasih kerana sentiase memberi semangat untuk aku terus berjalan tanpa menoleh .. kalau pon ada sesekali aku menoleh , sebuah senyuman sudah mampu aku ukirkan.. Erti kedewasaan yg kau ajarkan selama ni x mungkin aku sia-siakan..
Buat adik yg paling annoying , Ica , terima kasih kerana menyerikan dan meng'annoying'kan lagi hari2 yang aku lalui..
Buat dia , hidup baik2.. All the memories wont fade and never can be faded by time..

#Rindu family di sungai buloh
#Farha Az-Zahra , get well soon dearest baby


 Dear Ica , lets grow old together , lets be crazy together , lets annoyed each other , lets keep this love forever and lets get fat together sis !