Friday, November 4, 2016

Setelah berbulan sibuk menguruskan hal kerja kesana kemari (atau lebih tepat MENYIBUKKAN diri) , hari ini baru lah ada masa untuk bercerita disini..

Kerja di tempat baru bukanlah satu benda yang mudah untuk aku adaptasikan dalam rutin harian yang sudah terbiasa.. Semuanya berubah.. Persekitaran kerja, kawan-kawan, majikan, cara kerja, tempat makan dan semuanya.. Diam tak diam dah 8 bulan aku berkhidmat disitu.. Aneh.. Masa berjalan terlalu pantas.. Rutin harian berubah..Sekaligus berat badan juga berubah (pedulikan semua itu.. kerana aku sering lapar..) Isnin hingga jumaat aku hanya sibuk bekerja hingga lewat malam tanpa memikirkan apa-apa.. Sampai dirumah aku cuma tidur.. Sabtu aku sibuk menguruskan hal rumah yang terbengkalai selama seminggu.. Ahad cuma untuk bersantai dan merehatkan badan..

Keluarga Baru..
Homeless friend..
Street Feeders of KL..
Aku memilih untuk meluangkan sedikit masa bersama mereka.. erti kehidupan yang terlalu besar untuk aku pelajari.. Sering aku lupa dan tidak bersyukur dengan segala nikmat kebahagiaan yang tuhan kurniakan.. Bertemu mereka di jalanan.. sering aku pandang hina tempat itu dulu.. namun hari ni aku belajar erti menghargai.. erti sesuap nasi.. erti seteguk air.. dan erti sebuah pandangan dan senyuman..Aku bahagia disini.. Bahagia yang belum pernah aku rasai sebelum ni.. " Keluarga " ni punya satu kekuatan ikatan.. Terikat.. Rapi.. Walau saling tidak mengenali.. Namun punya erti sebuah "keluarga" yang terlalu besar.. Semoga Tuhan masih memberi kekuatan untuk aku terus disini..

Kehadiran orang baru..
YUSRA kesayangan mummy...
Tidur malam terganggu lagi.. sejam sekali anak itu bangun untuk menyusu.. siang dia akan tidur dengan lena (yusra nak buli mummy.. apa boleh buat).. Takpe lah.. aku senang menjaga mu sayang..
Rutin harian berubah lagi sejak 16 hari yang lalu.. Aku cuma ingin cepat pulang ke rumah untuk berjumpa si Yusra.. Anak itu istimewa..

Babah.. berbual dengan dia malam kelmarin membuatkan aku berfikir lagi.. Ah! Babah memang begitu.. kata-katanya sering buat aku berfikir.. Bukan aku surrender.. Tapi aku mengambil satu langkah kebelakang..

" There's a different between giving up and take a back step.. Giving up is u put a hands up and let go.. tak kesah apa pon yang akan jadi.. But, taking a back step is u take a back step and move towards other way.. its a choice.. mungkin orang pandang kau looser.. tapi peduli je lah.. tak lapar pon kau kalau dianggap looser.. ambil je jalan lain dan teruskan hidup mu.. Hidup ni terlalu singkat untuk dipersiakan"

Dan itu yang aku sedang lakukan..

# Dan saya masih sangat rindu
# Qi, semoga Tuhan memberikan saya kesempatan untuk melihat senyuman itu lagi..