Thursday, December 31, 2015

2016

2015 telah pun melabuhkan tirainya bersama hujan semalam yang membuatkan saya terlena sebelum sempat jam menginjak jam 12 malam....

terlalu banyak kenangan , suka duka , pahit manis silih berganti , jatuh bangun sampai tahap tersungkur tapi masih kaki ini kuat untuk berdiri dan terus berjalan lagi.. Ya Tuhan , cuma satu , Kau memberiku sekeping hati yang begitu kuat sehingga aku sendiri tertanya adakah ini hati ku yang sebenar...

kepada yang datang membawa kebahagiaan , ku harap tahun ini masih kekal kita dengan kebahagiaan itu.. kepada yang memberi pengajaran , terima kasih aku ucapkan kerana menjadikan aku seorang yang lebih matang...

lagi 3 bulan , usia akan berubah... x perlu aku mention kan disini kerana semua sudah jelas... semuanya bagaikan mimpi... sekarang baru aku rasakan apa itu "mimpi didalam realiti" seperti yang selalu dikatakan Ari....

kisah 1 : permulaan hidup baru
kisah 2 : insyaAllah akan menukar status tahun ini
kisah 3 : Semoga kau berbahagia juga