Wednesday, March 30, 2016

Penghujung March

March telah pun hampir tiba ke penghujungnya.. Penghujung yang aku tunggu saban tahun.. Penghujung yang aku kagumi dan penghujung yang selalu memberi sinar baru.. Dan penghujung March itu telah pun menampakkan sinarnya..
Hari terakhir disini.. Maafkan aku kawan kerana tidak bisa lama disini.. Kau akan jumpa housemate , roomate ,  dan kawan yang jauh lebih baik dari aku.. Semoga Allah menemukan kalian dengan orang yang baik-baik.. Rindu dan itu sudah pasti..
Permulaan April kali ini pastinya menjadi hari yang paling sibuk.. Rencananya aku mahu ke Bukit Jelutong bertemu kak Aida sebelum aku berangkat pergi.. Dan semestinya aku ingin memeluk erat si kesayangan Adi Zafran Shah.. Terlalu rindu buat anak itu.. Persoalannya cuma satu , masihkah dia ingat akan aku ? Hidup ini terlalu banyak yang datang dan pergi..
Datang yang tidak pernah dapat kita duga dan Pergi yang entah kan bila akan kembali lagi atau mungkin tidak pernah kembali.. Semua itu cuma membuahkan satu rasa takut..
Lucu.. Dalam masa setahun.. Semuanya berubah.. Sekelip mata.. Hebat perancangan Tuhan.. Cuma aku yang terlalu jahil untuk menyedari semuanya.. Malu akan diri sendiri..

# March berakhir... Dan aku berubah lagi
# Pengakhiran sebuah chapter buat kisah kali ini
# Permulaan chapter baru yang bakal ku serah semuanya kepada Allah yang Esa
# Maafkan aku kawan kerana pergi
# Semoga hidup baru ini lebih bermakna disamping cita-cita

1 comment: