Sunday, February 22, 2015

Jawapan

akhir-akhir ini terlalu banyak hal yang mengganggu.. sungguh , aku tidak pernah berniat menyakiti.. tapi aku tidak mampu menipu diri sendiri.. ya ! aku kejam.. aku kejam kerana aku mengikut kehendak hati demi kebahagiaan sendiri.. adakah itu salah ?

kehadiran dia sungguh tanpa aku sedari.. entah kan bila rasa itu ada.. entah bila dia mula mengambil tempat teristimewa.. kehadiran dia membawa kebahagiaan.. membawa seribu erti sebuah keikhlasan.. masih mampukah aku menipu diri sendiri ? jujur aku katakan , aku cuma seorang perempuan yang tidak mudah menerima kehadiran insan lain.. tetapi saat aku menerima , beerti rasa untuk kau betul2 mati..

maafkan aku.. aku tidak bermaksud memandang enteng niat baik kau serta keluarga.. aku tidak pernah berniat mempermainkan.. aku butuh waktu untuk mencari jawapan demi kebahagiaan aku sendiri.. aku tidak mahu kerana terpaksa, aku menerima kau..

# Tuhan , cuma satu harapanku , berikan aku masa secukupnya , berikan aku fikiran yang waras dan hati yang tenang untuk membuat keputusan terbaik
# mak , sungguh aku perlukan pengertian mu.. kerana kau lebih tahu akan rasa itu
# cinta hati , maafkan aku kerana berdiam diri.. tapi aku menghargai kerana kau mengerti
# insan yang pernah aku sayang , satu pintaku , jangan terlalu memaksa.. kerana aku bukan orang yang suka dipaksa.. lepaskan aku.. biarkan aku mencari jawapan demi kebahagiaan sendiri

No comments:

Post a Comment