Wednesday, February 11, 2015

tidur panjang

baru bangun dari tidur kerana rasa kurang sihat akhir-akhir ini.. (mungkin nak kurus balik).. tersedar dan Rayyan masih dalam pelukan.. Indah.. cuma itu rasa yang hadir saat tidur bersama si kecil yang tulus menyayangi aku apa adanya.. seorang yang lucu dan sering membuat aku tertawa dengan keletah  manjanya.. anak itu anugerah buat aku.. terima kasih sayang.. keletah manjamu sentiasa membuatkan aku tersenyum bahagia..

akhir-akhir ini,
terasa tenang tapi sebenarnya sunyi
indah dalam gundah
lega dalam gelisah
aman dalam kecelaruan halakah fikrah yang sesak dan menyesakkan
cuma satu ,
kebahagiaan itu akan tiba

# masih aku ingin berterima kasih buat dia yang sentiasa ada walaupun dia bukan milik ku
# mak , aku cuma ingin lihat kau tersenyum
# abah , apa pun kata mereka , kau masih menjadi lelaki terbaik seumur hidupku
# sahabat , maafkan aku kerana makin menjauh
# buat kau , aku cuma berhenti berharap dan aku hanya mahu serahkan semuanya pada takdir
# dan aku mahu tidur lagi

No comments:

Post a Comment