Thursday, June 25, 2015

Ramadhan

Alhamdulillah.. Ramadhan kali ini lebih bermakna.. Tahun kedua sambut Ramadhan bersama.. Sedikit kelainan pada kali ini.. Kalau dulu dia lah yang akan tunggu dari jam 4 petang di parking area sampai la waktu berbuka puasa untuk berbuka bersama sebelum aku habis kerja. tahun ini giliran aku pula.. Bukanlah hari2.. Seminggu sekali je kerana kami tidak pernah ada banyak waktu bersama.. Aku memahami jadual dan cara kerja nya begitu juga dia. Tapi bahagia itu ada.

Hidup kali ini lebih simple. Tanpa tekanan.. Tiada kongkongan.. Tiada desakan.. mahupun pertelingkahan.. Kadangkala aku rindu untuk bertengkar (kerja gila nama nya).. Lebih aman kali ini..

# Baju melayu dan sampin dah siap untuk awak dear (baju i yang x siap lg)
# Aidilfitri kedua bersama (semoga kali ini lebih bermakna)
# ily more each day

Kerja semakin hari semakin sibuk.. namun semakin aku jatuh cinta dengan kerja sendiri. Aneh.. kadang aku terfikir , tak pernah terlintas kat fikiran untuk bekerja di bidang medical devices , berjumpa dan bekerjasama dengan professor, doktor2 pakar, juru xray , nurse dan yang sewaktu dengan nya la.. x larat nak describe.. Honestly , i never ever been think of that i will be part of them.. it just like a dream... tapi satu hal yang terbukti Peraturan Allah itu sangat Indah.. Alhamdulillah..

Terima kasih banyak2 Mr David , Siti dan jugak Carl yang banyak bagi tunjuk ajar and sabar dengan aku yang lembab kalah siput ni.. U guys make me someone from i am no one..


No comments:

Post a Comment