Thursday, March 5, 2015

Kejutkan aku bila March berakhir

terkadang aku mula berfikir , apakah ini cerita untuk March kali ini ?? sepatutnya setiap March adalah bulan yang paling aku tunggu.. tapi entah kenapa March dari tahun sebelumnya sehinggalah tahun ini seakan langsung tidak mahu aku nikmati.. Kesibukan kerja dan juga segala hal yang menyesakkan halakah fikrah ini sering menjadi penghalang..

Dan aku tersengih sendiri untuk kesekian kalinya apabila teringat kembali kata-kata Ica.. "cerita kau ni kak dah macam novel.. kalau buat novel boleh kaya aku.. cuba kau fikir kak tajuk apa yang sesuai".. Novel ? ya.. terlalu padat barangkali dengan segala hal yang seakan mimpi dan kisah dongeng.. Seakan tak percaya tapi itulah hakikatnya.. Kau masih anak hingusan wahai adik yang paling menjengkelkan.. Kau cuma bisa tertawa dan mengusik aku dan kemudian kau keluarkan idea2 bodoh untuk menggembirakan aku.. Sungguh aku rindu saat kita tertawa..

Terlalu banyak kenangan disini.. Terlalu banyak yang menyakitkan dan yang menggembirakan.. Entah bila hati ini jadi seperti batu.. Keras.. Tiada rasa.. Tawar.. Hambar.. atau mungkin lebih tepat hati ini telah pun MATI.. Sampai satu tahap aku harus mencari kembali diri aku yang sebenar.. yang dulu.. yang ceria.. yang tidak mengira apa orang kata.. yang tidak mempedulikan hal remeh menjadi penghalang.. yang cuma tahu bergelak ketawa menikmati hari-hari yang singkat.. yang cuma ingin tidur dan melupakan segala hal yang menjengkelkan.. dan bangun keesokan hari nya kembali menikmati hari-hari mendatang tanpa sebarang hal yang mampu merisaukan..

Semuanya berubah.. Aku lebih matang mungkin.. Lebih memikirkan banyak hal sehingga mata ini sukar lelap.. Sehingga aku perlu menelan banyak 'benda' yang membunuh itu untuk berehat seketika , cuma untuk melelapkan mata buat beberapa ketika.. Kalau dulu aku banyak meluah dengan teman2 berharap agar mereka memahami.. Tapi kini , entahla.. aku banyak berdiam.. menyimpan semuanya dihati yang telah mati ini.. tidak lagi berharap ada yang memahami.. tidak lagi mahu berkongsi apa yang terbuku.. cuma aku coretkan sedikit disini.. mungkin aku selesa begini..

Kalau dulu aku sering ingin terlihat menang , terlihat benar dari segala hal.. tapi sekarang , aku lebih banyak berdiam dan membiarkan mereka berkata.. menelan segala tuduhan dan amarah.. menyimpan segalanya dihati mungkin lebih baik... mengiakan setiap tuduhan dan fitnah.. membenarkan segala makian atas kesalahan yang aku lakukan...mungkinkah ini sebuah kematangan ??

# PENAT.. cuma itu
# Kejutkan aku bila March berakhir

Monday, March 2, 2015

Pergi

wahai insan2 kesayangan , aku pergi.. sebulan je lagi masa untuk kita bersama.. Tuhan , berikan aku peluang menikmati bahagia bersama mereka.

# Ahmad Fahri Adha
sayang , mengenali mu satu anugerah terindah.. senyum mu , kenakalan mu , gelak tawa mu , tangis mu , aku pasti rindu.. sungguh aku akan sangat rindu.. jaga diri baik2 sayang.. semoga Tuhan menjaga mu disetiap nafas yang terhembus.. Membesarlah menjadi insan yang bisa dibanggakan.. sayang buat dirimu takkan pernah padam.. jangan lupakan aku.,. aku mungkin cuma seorang yang tak layak menyayangi kamu wahai si cinta hati.. wahai ayie yang kak yana sayang , kak yana pasti akan rindu nak lari pergi rendam susu ayie sebab kak yana selalu lupa , kak yana akan rindu nak bagi ayie makan yang x penah tak habis.. kak yana akan rindu semua tentang cinta hati kak yana ni..

# Adi Zhafran Shah
zaf , keletah manja , kenakalan , senyum bila kena marah dan segala kecomelan yang kau ada , sungguh buat hati ini terhibur sayang.. setiap hari kak yana tunggu zaf datang.. setiap hari kak yana rindu nak tidur pelok zaf , cium zaf.. kak yana rindu nak zaf datang lari pelok kak yana , kak yana rindu nak zaf gigit2 gurau ngn kak yana.. kak yana rindu semua kenangan yang kite kongsi.. zaf , jangan nakal2.. kak yana sayang zaf.. jadi pilot ye besa nanti macam ayah.. ada umur , kite jumpa lagi sayang. maafkan kak yana sebab x tunggu lama lagi..


# Nik Muhammad Ariff Rayyan
ayyan , be a good boy.., jangan gaduh dengan ayie tau.. kak yana rindu budak gemok kak yana ni.. kak yana akan rindu nak dengar suara ayyan nangis sebab cari kak yana.. rindu nak ayyan datang cium kak yana.. just remember this sayang , i will always loving u

# kak rin &  kak sha , terima kasih sebab selalu jadi kakak yang baik , sahabat yg baik.. yana xkn pnh lupe jasa baik kak rin jge yana sampai x tidur satu mlm sbb yana demam.. yana x kn lupe kak sha yg slalu masak utk yana hari2 ikut apa yg yana nak.. terima kasih sbb terima aku yg merepek , yg x pndai msk , x pndai kje , x pndai jge dri , x pndai basuh kain , serba serbi x pandai lah.. tp kak rin n kak sha slalu backup yana.. thanks alot.. ada umur kite jumpa lagi.. semoga bahagia selalu.. kak rin , nnt kak rin akan dpt org yg lebih baik dr yana utk jd partner .. jgn risau.. im not the best.. the best is yet to come.. jge ayie , ayyan , zaf utk yana ye..

Sunday, March 1, 2015

March

dear A , i never realize when i have started to learn to loving u more than others , i never know why must u are the one who i met and fall for , i never get the answer until now.. loving u is a kind of blessing i ever had in my life..

aku mendoakan kebahagiaan kau diluar sana wahai kesayangan.. mungkin sampai sini sahaja cerita yang Tuhan tentukan untuk kita.. aku bahagia sepanjang tempoh itu.. terima kasih kerana membahagiakan.. jujur , aku tidak pernah menyesal mengenali dan mencintai kau.. aku tahu kau akan baik2 sahaja tanpa aku.. cuma satu pesanku , jaga diri baik2 , hidup baik2 , bahagiakan orang tuamu , bahagiakan insan sekelilingmu (sepertimana kau mengajar aku) , andai suatu saat kita bertemu lagi , kirimkan aku senyuman itu.. :)

# Tuhan , andai dia jodoh terbaik , bahagiakan kami sehingga akhir hayat
# tarikh itu telah pun ditetapkan
# segala persiapan sedang dijalankan
# Wan iz'aan , kau akan aku bahagiakan :)

Sunday, February 22, 2015

Jawapan

akhir-akhir ini terlalu banyak hal yang mengganggu.. sungguh , aku tidak pernah berniat menyakiti.. tapi aku tidak mampu menipu diri sendiri.. ya ! aku kejam.. aku kejam kerana aku mengikut kehendak hati demi kebahagiaan sendiri.. adakah itu salah ?

kehadiran dia sungguh tanpa aku sedari.. entah kan bila rasa itu ada.. entah bila dia mula mengambil tempat teristimewa.. kehadiran dia membawa kebahagiaan.. membawa seribu erti sebuah keikhlasan.. masih mampukah aku menipu diri sendiri ? jujur aku katakan , aku cuma seorang perempuan yang tidak mudah menerima kehadiran insan lain.. tetapi saat aku menerima , beerti rasa untuk kau betul2 mati..

maafkan aku.. aku tidak bermaksud memandang enteng niat baik kau serta keluarga.. aku tidak pernah berniat mempermainkan.. aku butuh waktu untuk mencari jawapan demi kebahagiaan aku sendiri.. aku tidak mahu kerana terpaksa, aku menerima kau..

# Tuhan , cuma satu harapanku , berikan aku masa secukupnya , berikan aku fikiran yang waras dan hati yang tenang untuk membuat keputusan terbaik
# mak , sungguh aku perlukan pengertian mu.. kerana kau lebih tahu akan rasa itu
# cinta hati , maafkan aku kerana berdiam diri.. tapi aku menghargai kerana kau mengerti
# insan yang pernah aku sayang , satu pintaku , jangan terlalu memaksa.. kerana aku bukan orang yang suka dipaksa.. lepaskan aku.. biarkan aku mencari jawapan demi kebahagiaan sendiri

Wednesday, February 11, 2015

tidur panjang

baru bangun dari tidur kerana rasa kurang sihat akhir-akhir ini.. (mungkin nak kurus balik).. tersedar dan Rayyan masih dalam pelukan.. Indah.. cuma itu rasa yang hadir saat tidur bersama si kecil yang tulus menyayangi aku apa adanya.. seorang yang lucu dan sering membuat aku tertawa dengan keletah  manjanya.. anak itu anugerah buat aku.. terima kasih sayang.. keletah manjamu sentiasa membuatkan aku tersenyum bahagia..

akhir-akhir ini,
terasa tenang tapi sebenarnya sunyi
indah dalam gundah
lega dalam gelisah
aman dalam kecelaruan halakah fikrah yang sesak dan menyesakkan
cuma satu ,
kebahagiaan itu akan tiba

# masih aku ingin berterima kasih buat dia yang sentiasa ada walaupun dia bukan milik ku
# mak , aku cuma ingin lihat kau tersenyum
# abah , apa pun kata mereka , kau masih menjadi lelaki terbaik seumur hidupku
# sahabat , maafkan aku kerana makin menjauh
# buat kau , aku cuma berhenti berharap dan aku hanya mahu serahkan semuanya pada takdir
# dan aku mahu tidur lagi

Sunday, February 1, 2015

Rasa itu Membunuh

Diluar hujan.. petir saling bertingkah.. angin begitu kuat.. namun entah kenapa rasa ini tidak pernah membunuhku.. sebaliknya aku senang menikmati rasa ini.. rasa angin hujan yang seakan membawa pergi segala resah yang datang menghenyak minda..

A , kau datang disaat tepat.. disaat aku perlukan teman untuk meluah rasa.. disaat aku perlu seorang pendengar setia dan juga penasihat yang mampu memberi seribu kekuatan.. cuma satu yang mampu aku ucapkan , terima kasih sahabat.. semoga kau juga bahagia sepertimana kau membahagiakan aku..

buat dia , aku pergi.. buat sementara ini kau fikirkan lah yang terbaik.. antara pilihan keluarga dan kehendak hati , aku tidak mahu memaksa.. bukan kerana aku membenci tapi aku juga tahu apa ertinya terluka.. kau sepatutnya lebih tahu akan rasa itu.. Berdoalah semoga semuanya baik2 sahaja..

Wednesday, December 31, 2014

welcome home 2015

its been a long journey of 2014 i guess but actually it is not at all.. life is too short to be wasted.. i learn how to appreciate more , complaint less , be matured , be myself , thanks who lets me down , and cheers those push me ups..
# dear family , our next vacation is already in my mind.. :)
# dear kesayangan , our plan is just around the corner.. i cant wait.. im counting.. 
# dear friends n beloved , may Allah bless us in the way we are.. dan jadikan hari mendatang lebih baik dari sebelumnya
# dear enemies , thanks alot.. u lets me down many times , but im still alive , still me , still here , still smiling , and still get the best of my life..

HAPPY NEW YEAR EVERYBODY !