Wednesday, May 7, 2014

ANGIN

Angin..... entah kenapa , ciptaan tuhan itu terasa begitu indah bagi aku.. mungkin hidup ni terlihat seperti angin bagi pengertian aku kerana hidup ni mudah andai kita tahu hala tujuannya tanpa melalui jalan2 yang sesak lagi menyesakkan , atau lebih tepat jalan yang penuh aral rintangan atau jalan yang bertentangan.. mudah bukan ? namun , walau kita lalui hidup ini seperti angin yang bergerak laju tanpa halangan tetap saja kita tidak tahu apa penyudah dan kesudahan di hadapan sana.. satu hal yang pasti , mati itu pasti..

kisah 1 : ya tuhan , berikan aku jalan yang Kau redhai...
kisah 2 : berkati dia di bumi taiwan sana.. walau jauh , cuma satu doaku , semunya baik2 sahaja
kisah 3 : hujan lebat dan angin begitu kuat , cuma satu , aku ingin tidur :)

Wednesday, April 9, 2014

Satu saat

andai satu saat kau bisa mengerti
tunjukkan pada dunia pengertian itu

andai satu saat kau mampu memaafkan
tunjukkan pada dunia kemaafan itu

andai satu saat kau iri melihat kebahagiaan aku
tunjukkan pada dunia kebahagiaanmu

andai satu saat kau berlari dan tiba-tiba terhenti
ingatlah , bahawa takdir dan kehendak Tuhan itu takkan ada satu orang pun yang mampu menidakkan

# kisah 1 : andai kau percaya akan takdir tersurat untukmu adalah yang terbaik dari Tuhan , bersyukurlah.
# kisah 2 : aku bahagia , jauhi dirimu kerana aku tak perlu kehadiranmu
# kisah 3 : hidup kau bukan urusanku

Monday, February 17, 2014

Maaf

cerita itu masih segar.. ya ! kau berhak untuk berdendam tapi tidak untuk memalukan dan menghina.. setiap yang terjadi ada hikmahnya.. kau mungkin lupa hukum dan takdir Tuhan.. semuanya dah tertulis.. mungkin kau terlalu sibuk memikirkan kesalahan orang terhadap kau sehingga kau terlupa kebaikannya..

# kisah 1 : andai maaf itu kau permudahkan
# kisah 2 : kerana kita terlalu muda untuk berfikiran matang mungkin

Wednesday, February 12, 2014

Nafas baru

lebih tepat dipanggil nafas baru.. semua nya seperti baru.. ya , sebelum ini saya ada blog yang punya banyak cerita-cerita semalam yang penuh kenangan namun terpaksa saya padamkan kerana beberapa hal.. mungkin lebih tepat digelar menghilangkan diri dan mencari balik diri yang hilang..

# kisah 1 : survival is a must
# kisah 2 : Alhamdulillah ya rabb , Kau masih memeberi diri ini peluang untuk merasa bahagia