Sunday, January 8, 2017

Pergi Tak Kembali

4.15pm, 07012017, KL

Perginya seorang sahabat.. Siti Farahfizuana Binti Hamdi, pergimu takkan kembali.. Allah menyayangi mu.. Semoga kau tenang.. Terlalu awal bg kami semua untuk menerima semua ni.. Takdir yang Maha Esa penentu segala.. Siapa kami mempersoal takdir yg tertulis.. Tiada lagi gambar, status, dan luahan rasa yang sering kau paparkan dilaman sosial lagi selepas ni.. Tiada lagi gurau senda.. Tiada lagi tawa.. Tiada lagi cerita yang dikongsi.. Semuanya tiada lagi.. Semuanya cuma tinggal kenangan.. Bersemadilah wahai sahabat di bumi Kelantan..

Buat aku yang masih di dunia pinjaman Tuhan ini, aku semakin takut.. Ajal menjemput tak kira usia.. Sekali lagi kesedaran Tuhan paparkan di mata ini.. Terlalu banyak yang belum tertunai.. Terlalu banyak yang belum terbayar.. Ya Tuhan, berat ujian yang kau kirimkan, namun aku percaya hikmah yang tersedia juga tidak ternilai.. Mama, semoga mama tabah menjalani hari tanpa Farah.. Doa kami mengiringi..

Al-Fatihah

Saat aku tersedar akan keberuntungan hidup yang Tuhan pinjamkan kepada aku, semuanya masih bisa diolah dan digubah.. Buat insan-insan yang sentiasa dihati, doaku semoga Allah merahmati hidup kalian dan berbahgialah seperti mana kalian pernah membahagiakan aku.. Semoga Allah meminjamkan Dunia ini lebih lama lagi buat kalian..

Buat insan-insan yang pernah aku sakiti,
Tertunduk melutut kebumi aku memohon sejuta kemaafan atas keterlanjuran kata, perbuatan dan semuanya dari kalian..

Masa semakin singkat, bumi semakin tua, pinjaman Tuhan semakin dekat ke 'due-date' nye.. Persoal diri sendiri, cukup kah semuanya bekalan disana nanti.? Buat aku, kelengkapan itu satu pon belum tersedia.. Allahu...

                                                            in memory  1993 - 2017

Friday, November 4, 2016

Setelah berbulan sibuk menguruskan hal kerja kesana kemari (atau lebih tepat MENYIBUKKAN diri) , hari ini baru lah ada masa untuk bercerita disini..

Kerja di tempat baru bukanlah satu benda yang mudah untuk aku adaptasikan dalam rutin harian yang sudah terbiasa.. Semuanya berubah.. Persekitaran kerja, kawan-kawan, majikan, cara kerja, tempat makan dan semuanya.. Diam tak diam dah 8 bulan aku berkhidmat disitu.. Aneh.. Masa berjalan terlalu pantas.. Rutin harian berubah..Sekaligus berat badan juga berubah (pedulikan semua itu.. kerana aku sering lapar..) Isnin hingga jumaat aku hanya sibuk bekerja hingga lewat malam tanpa memikirkan apa-apa.. Sampai dirumah aku cuma tidur.. Sabtu aku sibuk menguruskan hal rumah yang terbengkalai selama seminggu.. Ahad cuma untuk bersantai dan merehatkan badan..

Keluarga Baru..
Homeless friend..
Street Feeders of KL..
Aku memilih untuk meluangkan sedikit masa bersama mereka.. erti kehidupan yang terlalu besar untuk aku pelajari.. Sering aku lupa dan tidak bersyukur dengan segala nikmat kebahagiaan yang tuhan kurniakan.. Bertemu mereka di jalanan.. sering aku pandang hina tempat itu dulu.. namun hari ni aku belajar erti menghargai.. erti sesuap nasi.. erti seteguk air.. dan erti sebuah pandangan dan senyuman..Aku bahagia disini.. Bahagia yang belum pernah aku rasai sebelum ni.. " Keluarga " ni punya satu kekuatan ikatan.. Terikat.. Rapi.. Walau saling tidak mengenali.. Namun punya erti sebuah "keluarga" yang terlalu besar.. Semoga Tuhan masih memberi kekuatan untuk aku terus disini..

Kehadiran orang baru..
YUSRA kesayangan mummy...
Tidur malam terganggu lagi.. sejam sekali anak itu bangun untuk menyusu.. siang dia akan tidur dengan lena (yusra nak buli mummy.. apa boleh buat).. Takpe lah.. aku senang menjaga mu sayang..
Rutin harian berubah lagi sejak 16 hari yang lalu.. Aku cuma ingin cepat pulang ke rumah untuk berjumpa si Yusra.. Anak itu istimewa..

Babah.. berbual dengan dia malam kelmarin membuatkan aku berfikir lagi.. Ah! Babah memang begitu.. kata-katanya sering buat aku berfikir.. Bukan aku surrender.. Tapi aku mengambil satu langkah kebelakang..

" There's a different between giving up and take a back step.. Giving up is u put a hands up and let go.. tak kesah apa pon yang akan jadi.. But, taking a back step is u take a back step and move towards other way.. its a choice.. mungkin orang pandang kau looser.. tapi peduli je lah.. tak lapar pon kau kalau dianggap looser.. ambil je jalan lain dan teruskan hidup mu.. Hidup ni terlalu singkat untuk dipersiakan"

Dan itu yang aku sedang lakukan..

# Dan saya masih sangat rindu
# Qi, semoga Tuhan memberikan saya kesempatan untuk melihat senyuman itu lagi..

Thursday, March 31, 2016

When the time comes your MP3 play your favret song

"Hurt"

Seems like it was yesterday when I saw your face
You told me how proud you were but I walked away
If only I knew what I know today
Ooh ooh

I would hold you in my arms
I would take the pain away
Thank you for all you've done
Forgive all your mistakes.

There's nothing I wouldn't do
To hear your voice again.
Sometimes I wanna call you but I know you won't be there

Oh, I'm sorry for blaming you for everything I just couldn't do
And I've hurt myself by hurting you

Some days I feel broke inside but I won't admit
Sometimes I just wanna hide 'cause it's you I miss
And it's so hard to say goodbye when it comes to this, ooh, whoa

Would you tell me I was wrong?
Would you help me understand?
Are you looking down upon me?
Are you proud of who I am?

There's nothing I wouldn't do
To have just one more chance
To look into your eyes and see you looking back

Oh, I'm sorry for blaming you for everything I just couldn't do
And I've hurt myself, oh, oh, oh.

If I had just one more day
I would tell you how much that I've missed you since you've been away

Oh, it's dangerous
It's so out of line
To try and turn back time

I'm sorry for blaming you for everything I just couldn't do
And I've hurt myself by hurting you

Wednesday, March 30, 2016

Penghujung March

March telah pun hampir tiba ke penghujungnya.. Penghujung yang aku tunggu saban tahun.. Penghujung yang aku kagumi dan penghujung yang selalu memberi sinar baru.. Dan penghujung March itu telah pun menampakkan sinarnya..
Hari terakhir disini.. Maafkan aku kawan kerana tidak bisa lama disini.. Kau akan jumpa housemate , roomate ,  dan kawan yang jauh lebih baik dari aku.. Semoga Allah menemukan kalian dengan orang yang baik-baik.. Rindu dan itu sudah pasti..
Permulaan April kali ini pastinya menjadi hari yang paling sibuk.. Rencananya aku mahu ke Bukit Jelutong bertemu kak Aida sebelum aku berangkat pergi.. Dan semestinya aku ingin memeluk erat si kesayangan Adi Zafran Shah.. Terlalu rindu buat anak itu.. Persoalannya cuma satu , masihkah dia ingat akan aku ? Hidup ini terlalu banyak yang datang dan pergi..
Datang yang tidak pernah dapat kita duga dan Pergi yang entah kan bila akan kembali lagi atau mungkin tidak pernah kembali.. Semua itu cuma membuahkan satu rasa takut..
Lucu.. Dalam masa setahun.. Semuanya berubah.. Sekelip mata.. Hebat perancangan Tuhan.. Cuma aku yang terlalu jahil untuk menyedari semuanya.. Malu akan diri sendiri..

# March berakhir... Dan aku berubah lagi
# Pengakhiran sebuah chapter buat kisah kali ini
# Permulaan chapter baru yang bakal ku serah semuanya kepada Allah yang Esa
# Maafkan aku kawan kerana pergi
# Semoga hidup baru ini lebih bermakna disamping cita-cita

Sunday, March 27, 2016

Keputusan

Keputusan telah dibuat.. Atas persetujuan keluarga , aku memilih untuk mendengar nasihat dan pandangan mereka.. Memilih yang terbaik antara yang terbaik.. Berharap Allah memberi jalan kemudahan diatas setiao hari yang bakal dilalui selepas ini.. Hidup disana pastinya tidak mudah.. Bukan niat aku melarikan diri tapi cuma untuk membina dan mencari kembali sisa hidup yang telah aku persiakan selama ini..
April ini bakal memulakan kehidupan di tempat baru bersama rakan baru , persekitaran kerja yang baru serta semuanya baru.. Aku cuma lebih yakin bahawa aku mampu ..

# selamat tinggal kak sha n yana.. jaga diri baik-baik.. semoga sentiasa ketawa seperti selalu walaupon tanpa aku.. aku pasti rindu dengan semuanya.. rindu ingin memnjat pokok pelam di sebelah rumah cuma untuk membuat jeruk , rindu ingin berjalan kaki ke uptown , rindu ingin joging setiap pagi sesudah subuh dan segalanya.. Semua itu semalam yang bakal aku simpan rapi di dalam kamus hidup..
# the next chapter of life just begin dear self
# its end of march
# may Allah bless

Thursday, March 24, 2016

Pilihan

Hidup ni berlandaskan pilihan dan keputusan... March , selalu menjadi bulan yang paling aku suka dan paling aku nantikan kehadirannya.. Alhamdulillah.. Rezeki pada bulan kegemaran ini bertambah baik.. Rezeki Tuhan itu selalu indah dan tepatpada waktunya.. 3 tawaran kerja sekaligus telah aku terima .. Bingung aku untuk membuat keputusan kerana ketiga-tiganya adalah rezeki besar.. Panggilan pertama minggu lalu dari Universiti teknologi Petronas langsung tidak pernah aku jangka.. Ya..bekerja bersama syarikat gergasi itu adalah impian aku dari dulu.. Position sebagai Chemical Lab Executive yang ditawarkan adalah satu rezeki Allah yang tidak pernah aku mimpi untuk dapat.. Cita-cita dan keinginan aku disitu.. Namun aku masih buntu memikirkan keputusan yang harus aku buat.. Bukan aku takut menempuh hidup baru di tempat yang serba baru kerana sudah menjadi kebiasaan untuk aku berulang alik dan keluar masuk ketempat baru dan berjumpa orang2 baru dalam hidup ini cuma aku masih mempertimbangkan tawaran yang lain.. Kedua adalah tawaran di legal firm sebagai PA kepada lawyer disitu.. Lawyer itu sahabat aku.. Berat untuk aku tolak kerana pertama kali menjejakkan kaki di firma nya aku telah jatuh hati pada tempat itu.. Tempatnya tenang.. Lawyer disitu semua ramah.. Seakan lari jauh dari landasan .. Dari medical student yang cintakan hospital dan segala yang sewaktu dengannya kepada bahagian pengurusan di firma guaman.. Ah pedulilah.. Hidup ini kan pilihan.. Tak salah menimba ilmu.. Dan yang terakhir , antara paling sukar aku buat keputusan.. Mr Lee terlalu baik dan terlalu berharap aku untuk bekerja di company nya.. Lelaki cina itu terlalu baik dan bersungguh menawarkan aku kerja dan jugak gaji yang lumayan.. Huhhh ! Aku kembali pusing memikirkan keputusan yang harus aku putuskan.. Cuma satu harapan ku , agar Tuhan mwmbuka jalan di depan mata aku untuk membuat pilihan yang betul.. 

# kepada sahabat baru Intan Diyana , maafkan aku kawan kerana tak mampu stay lama disini menemankan kau saban hari..Terima kasih kerana sudi menjadi kawan buat aku yang tak baik ni.. 

# pilihan itu berat

Wednesday, March 23, 2016

Kita

Joging.. Setelah entah berapa lama aku tinggalkan segala aktiviti , hari ini semangat itu datang lagi atau mungkin lebih tepat aku cuma ingin mengisi masa terluang dan menghirup angin subuh seawal 6 pagi itu dan merasa titis dingin embun di setiap roma yang terbuka... Sejuk , hitam pekat , cukup untuk mengubat rindu yang hadir.. Rasa hari ini ingin aku meluah sedikit rasa dan cerita yang tersimpan antara kita... Masih lagi segar segala ingatan dan memori itu bila aku menyatakan ingin melihat matahari terbit pagi itu.. Seawal 5 pagi dia datang menjemput dan terus memandu ke pantai.. Sedikit tergamam dan keliru.. dalam hati aku cuma berkira-kira aku cuma bercanda.. Aku menghirup udara seawal 6 pagi itu bersama angin laut yang membawa seribu ketenangan.. Terima kasih sayang..
Aku berjalan tanpa menoleh kerana aku cuma ingin merasa sejuknya angin pagi itu.. Jadinya kasut aku habis basah tanpa aku sedari.. Ah aku selalu begini.. Setelah terjadi baru aku tersedar.. " i will continue walking without my shoes dear.. its all wet already... remind me to buy new shoes later okay? " sambil aku melemparkan senyuman seperti selalu.. Dia cuma membalas senyum dan kembali berjalan.. Sampai sahaja di penghujung , dia membuka selipar nya dan menunduk lalu menyarungkan ke kaki aku.. " what u doing dear.. i still can walk like this..never mind.. " 
tapi dia lebih  cepat membalas tanpa aku sempat menghabiskan kata-kata " its okay princess.. i will hold ur shoes and continue walk without slipper.. its u are more important for me to be protected .. i wont let anything hurt u..i rather hurt myself " dan dia memimpin erat tangan ini dan terus berjalan ke kereta.. 

#memories #willremainforever #noonecaneverreplaceyou 
# terima kasih untuk semuanya